Misi selesai!

Pagi tadi saya dikejutkan dengan satu SMS yang memberitahu bahawa buku yang saya kirimkan kepada kawan saya telah sampai. Saya yang kebetulan tidur awal malam itu tentunya terasa seronok bila dikejutkan dengan SMS sebegini. Satu misi telah berjaya.

Selepas 12 hari, akhirnya buku itu sampai ke tangan yang sepatutnya. Moga-moga hasil tulisan kami di Mesir ini turut sama dapat dikongsi bersama rakan-rakan di Malaysia. Terbukti bahawa Egypt Post boleh dipercayai untuk menghantar buku-buku seperti ini.

Bagi rakan-rakan di Malaysia yang lain yang turut ingin memiliki buku Tokoh-Tokoh Islam terbitan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu, Mesir, boleh menghubungi saya melalui Yahoo Messenger, chatbox di blog ini atau di ruang komen. Namun, harganya agak tinggi selepas kos penghantaran dan lain-lain urusan diambilkira iaitu RM40.

* Exco KPT yang berkenaan memberitahu saya bahawa hanya 20 naskhah yang berbaki.


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman