Usahawan rakyat Mesir

businessmenImage by huntz via Flickr

Di aras bawah bangunan yang saya diami, terdapat enam lot kedai. Sejak tiga tahun tinggal di sini, pelbagai jenis perniagaan yang bertapak di sana. Sungguhpun tidak bertahan lama, namun tetap ada yang berani mencuba.

Kawasan ini agak strategik kerana berada di tengah jalan yang biasa dilalui oleh pelajar Malaysia dan yang lainnya ke pekan. Saya namakan Gamik sebagai pekan kerana di sana terdapat hampir semua keperluan harian, bermula dari sayur-sayuran, hinggalah kepada pakaian.

Kalau dahulu, hanya siber cafe yang kelihatan agak rancak perniagaannya di sini. Kemudian diikuti kedai keperluan muslim yang menjual kayu sugi, kopiah, jubah, kitab dan pelbagai lagi barangan yang sesuai dengan jenis perniagaannya.

Kemudian, datanglah warga Mesir dua beradik dari Aswan, untuk memulakan perniagaan ayam yang kemudiannya turut menjual sayur-sayuran. Mungkin kerana sewa kedai yang agak mahal iaitu sebanyak LE1000 sebulan memaksa mereka menjual sedikit mahal berbanding kedai lain. Tetapi, atas faktor ini juga kedai ini tidak begitu diminati. Tidak lama selepas itu, mereka terpksa mencari premis lain untuk berniaga.

Kini premisnya telah menjadi bengkel kereta. Kawasan ini sangat strategik untuk sebuah bengkel berkembang kerana berhampiran dengan Suq Sayyarat -- tempat berhimpunnya kereta-kereta terpakai untuk dijual yang berlangsung dua kali seminggu. Setiap hari Jumaat dan Ahad kawasan ini akan dipenuhi dengan kereta-kereta terpakai. Ia adalah pemandangan yang sangat menakjubkan kerana pada hari tersebut anda boleh melihat lautan kereta yang saujana mata memandang.

Akhir-akhir ini, sebuah kedai barangan plastik mula dibuka bersebelahan dengan bengkel tersebut. Tapi, ia tampak sepi. Sekarang, sedang dilakukan ubahsuai pada premis bersebelahan dengan kedai barangan plastik tersebut untuk dijadikan kafe siber. Kafe siber yang lama sudah bertukar menjadi restoren makanan melayu yang dinamakan El-Malizi.

Namun, perniagaan yang paling lama bertahan ialah kedai runcit Awlad Muhsin. Bahkan ia menjadi penanda yang baik untuk bangunan ini.

Saya seronok menjadi pemerhati. Melihat jatuh bangun sebuah perniagaan memberi inspirasi tentang usaha dan kegigihan. Kerana itulah mereka dinamakan usahawan. Apatah lagi di bumi Mesir yang jumlah penduduknya begitu ramai. Bilangan penduduk Kaherah sahaja sudah menyamai bilangan seluruh rakyat Malaysia.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman