23 nama Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam

Topkapı Palace gate with Shahadah and his seal...Image via Wikipedia
Nama Baginda Sallallahu alaihi wasallam

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murroh.

Ibunya Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murroh.

Keadaan ibu Baginda ketika mengandung

Aminah berkata dia tidak terasa bahawa dia sedang mengandung dan tidak berasa beban sebagaimana yang dirasakan wanita mengandung yang lain melainkan terhenti haidhnya sebagai tanda bahawa dia sedang mengandung.

Kelahiran Baginda Sallallahu alaihi wasallam

Lahir pada hari Isnin 12 RabiulAwal pada tahun kedatangan tentera bergajah. Ini adalah pendapat yang masyhur.

Adapun pendapat yang tepat mengikut ilmu falak ialah pada 9 RabiulAwal pada tahun yang sama.

Nama Baginda Sallallahu alaihi wasallam

1. Muhammad
2. Ahmad
3. Mahi (yang memadamkan kekufuran)
4. Hasyir (yang mendahului manusia pada hari akhirat)
5. Aqib (nabi terakhir)
6. Nabiyyu Mulahim (banyak berperang)
7. Muqtafa (sama dengan Aqib)
8. Syahid
9. Mubasyir
10. Nazir
11. Dhuhuk
12. Qital
13. Mutawakkil
14. Fatih
15. Amin
16. Khatam
17. Mustofa
18. Rasul
19. Nabi
20. Ummiy
21. Toha
22. Yasin
23. Qathm (yang memberi kebaikan)

Ibu susu Baginda Sallallahu alaihi wasallam

1. Thuwaybah - hamba kepada Abi Lahab.

2. Halimatus Saadiah - sebelum ini pernah menyusukan Saidina Hamzah Radhiallahu anhu.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman