Hakikat tawakkal

Own PhotographImage via Wikipedia
1. Tahu
2. Percaya
3. Amal
4. Doa

Tawakkal

1. Ia adalah amal yang berkaitan dengan hati.

2. Asasnya adalah bersangka baik dengan Allah Subhanahu wa Taala.

3. Ciri-ciri orang yang tawakkal:

i) Tidak takut kepada makhluk.
ii) Tidak tunduk kepada makhluk.
iii) Tidak hina dan menghinakan diri di hadapan makhluk.
iv) Tidak meminta pertolongan melainkan kepada Allah Subhanahu wa Taala.

4. Tawakkal tanpa amal tiada maknanya kerana bersalahan dengan apa yang dilakukan oleh para nabi alaihimussalam yang turut berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat.

Ibnu Qayyim

1. Bersangka baik kepada Allah Subhanahu wa Taala itu kunci kepada tawakkal.

2. Menyerahkan segala urusan kepada Allahu Subhanahu wa Taala itu roh kepada tawakkal.

3. Redha itu hasil tawakkal.

Menyerahkan segala urusan kepada Allah Subhanahu wa Taala seperti seorang anak menyerahkan semua urusan kepada bapanya kerana yakin bapanya lebih mampu untuk menyelesaikan urusan tersebut dengan sempurna.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman