9 perkara tentang zakat

donateImage by Mindful One via Flickr
1. Zakat merupakan rukun keempat dalam rukun Islam.

2. Wajib ke atas muslim untuk mengetahui jenis-jenis harta yang wajib untuk dizakatkan iaitu:

i) Binatang ternakan
ii) Emas dan perak
iii) Perniagaan
iv) Harta karun
v) Hasil galian emas dan perak
vi) Bijirin dan buah-buahan

3. Disyaratkan cukup tempoh dan cukup nisab.

4. Wajib ke atas perniagaan dan emas dan perak sebanyak 2.5%.

5. Wajib ke atas bijirin dan buah-buahan yang dialirkan air sebanyak 5%.

6. Wajib ke atas bijirin dan buah-buahan yang tidak dialirkan air sebanyak 10%.

7. Zakat fitrah wajib ke atas setiap muslim jika lebih makanannya dan siapa dalam tanggungannya pada hari raya dan malamnya iaitu dengan empat cupak makanan ruji.

8. Diwajibkan niat atas semuanya.

9. Tidak harus dibahagikan zakat dan zakat fitrah melainkan kepada orang yang merdeka, muslim dan bersifat dengan salah satu dari lapan golongan:


i) Faqir
ii) Miskin
iii) Amil zakat
iv) Orang yang baru masuk Islam
v) Dalam peperangan
vi) Orang yang berhutang dengan hutang yang bukan maksiat
vii) Orang yang berjuang pada jalan Allah yang tiada sumber harta
viii) Orang yang dalam perjalanan tetapi terputus bekal

* Dalam keadaan mereka bukan dari Bani Hasyim dan Bani Mutalib dan bukan juga hamba mereka yang telah dimerdekakan.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman