Pengurusan

Kali ini saya menulis bukan kerana saya tahu. Tetapi kerana saya sangat tidak tahu.

Ada dua perkara yang jika kita dapat menguruskannya dengan baik, maka kita sudah berjaya uruskan kehidupan kita dengan baik.

Pertama: Duit.

Kedua: Masa.

Untuk uruskan duit, seseorang perlu tahu berapa duit masuk dalam sebulan dan berapa duit keluar dalam sebulan. Kemudian mengawal aliran tunai tersebut supaya tidak berlaku terlebih berbelanja atau terbeli barang yang tidak perlu. Bagi yang pakar, mereka tahu bagaimana untuk melaburkannya dalam mana-mana perniagaan.

Sama halnya dengan masa. Setiap hari manusia akan diberikan 24 jam secara percuma. Maka, orang yang bijak menguruskan masa adalah orang yang tahu mengawal ke mana dia belanjakan jam-jam kehidupannya supaya dia tidak terlebih belanja atau membelanjakannya pada hal yang sia-sia.

Sungguh, saya lemah dalam menguruskan kedua-duanya.

Dan masih mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman