PMPI09: Hari ketiga

Mersa MatruhImage by N@G@Ty via Flickr
Semua bangun lambat sebab penat.



Hamam Cleopatra dan Pantai Ubaidh/ Baidha'/ Abyadh

Pagi ini kami semua di bawa ke Hamam Cleopatra. Sarapan di sana dan kemudian ke Pantai Ubaidh. Ada yang panggil Pantai Baydha'. Ada juga yang panggil Pantai Abyadh. Pasirnya sangat halus dan jika ditilik dari jarak dekat, bentuknya bulat-bulat.

Di sini kami berdepan dengan sedikit masalah di mana Arab Mesir yang berniaga di situ tidak suka dengan kehadiran kami yang mereka anggap mengganggu pengunjung lain.

Kamus Manusia

Aktiviti bermula dengan sesi regangan dan olah nafas. Kemudian aktiviti yang saya namakan Kamus Manusia. Semua peserta diarah supaya beratur mengikut abjad. Saya sudah lupa nama asalnya. Kemudian, kami berdiri dalam bulatan dan cuba untuk duduk atas riba masing-masing dalam bulatan tanpa jatuh.

Peluru Beracun

Kemudian kami bermain peluru beracun dalam air. Peserta berdiri dalam bulatan dan satu pasukan akan berada di tengah-tengah. Peserta lain akan cuba mengeluarkan pasukan dalam bulatan tadi dengan melempar bola ke arah mereka. Siapa yang terkena, dia perlu keluar.

Makan Tembikai

Seterusnya, aktiviti makan tembikai. Kumpulan yang paling cepat habiskan, mereka yang menang. Seorang akan tunggu di darat dengan tembikai dan sudu, manakala ahli kumpulan yang lain beratur di dalam air. Yang berada di depan akan berlari menuju ke arah peserta di darat dan akan disuap dengan tembikai. Peserta di darat akan berlari dan beratur di dalam air. Proses ini berulang sehingga tembikai habis.

Semua sudah penat dan kami menunggu bas untuk pulang. Malangnya, bas sampai lambat.

Iron Chef

Tiba di rumah, kami bahagi-bahagikan tugas untuk pertandingan Iron Chef. Lauk dan bahas asas disediakan. Yang lain cari sendiri. Kami memilih menu nasi minyak dan jus tembikai. Ditambah dengan telur hancur. Kami sangat serius menghias hidangan. Tembikai dikorek dan dibuat mangkuk, lada benggala dijadikan bekas untuk telur hancur dan bahan-bahan lain digunakan sebaiknya sebagai bahan hiasan.

 Suq Libya

Sebelum kami berjalan-jalan di Suq Libya, kami adakan perjumpaan dengan kumpulan Senyum untuk berbincang soal persembahan di Pentas Budaya. Mujur ketika itu skrip asas sudah siap. Maka, dapatlah kami buat latihan secara ringkas. Selesai latihan sekali harung, kami bertolak ke Suq Libya. Barang yang dicari ialah kurma badam, kurma coklat dan hawasyi.

Warna Pelangi

Selesai membeli belah, kami bergegas pulang untuk pertandingan. Mujur kami kumpulan yang terakhir untuk membuat persembahan. Malam itu kami persembahkan pentomen bertajuk Warna Pelangi. Alhamdulillah, semua 18 ahli (Mesra dan Senyum) terlibat. Namun agak huru-hara ketika kami nanyikan lagu Laskar Pelangi sebagai penutup persembahan kami dan sekaligus menutup tirai Pentas Budaya malam itu.

Saya pulang ke bilik dengan rasa puas.

Alhamdulillah.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

  1. lama tak rasa macam ni.... jeles2. =P

    * lawa template baru ni. suke. suke. =)

    BalasPadam
  2. @Balqissy: Kamu sudah kerja. Tak boleh ikut orang yang masih bersekolah. Hehe. Saya pun suka template baru ni. Sebab tu saya tukar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman