PMPI09: Permulaan

Philippine Rabbit Nissan (fleet No 417), UD Ni...Image by express000 via Flickr
Saya diberitahu tentang kumpulan saya dua minggu sebelum Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir 2009 bermula. Saya dipilih menjadi ketua kumpulan Mesra. Bilangan pertama dalam senarai. Kumpulan lain sudahpun buat perjumpaan kumpulan. Kebetulan saya ketika itu sangat terbeban dengan urusan peribadi. Saya buat keputusan akan selesaikan urusan kumpulan seminggu lagi. Bererti seminggu sebelum PMPI09 bermula. Ternyata keputusan itu bukanlah keputusan yang terbaik yang boleh saya buat ketika itu.



Seminggu sebelum

Seminggu sebelum PMPI09, saya hantarkan e-mel pertama. Alhamdulillah, ada yang beri maklumbalas. Itu lebih baik dari yang saya jangka. Maka, saya adakan pertemuan pertama. Dua orang hadir. Juga lebih baik dari yang dijangka.

Sehari sebelum

Sehari sebelum PMPI09, saya agak panik. Saya masih di ARMA, sedang ahli kumpulan belum saya hubungi kesemuanya. Beberapa keputusan belum dibuat. Ada maklumat yang belum disampaikan. Dalam perjalanan pulang dari ARMA, saya telefon mana yang saya sempat. Hampir saja saya terlepas bas. Seorang minta tarik diri. Saya terima dengan rasa sedih.

The day

Hari kami bertolak. Saya minta ahli berkumpul di rumah saya selepas solat Asar. Saya fikir semua akan hadir. Empat orang hadir. Lima termasuk saya. Beberapa keputusan dibuat dan maklumat yang penting disampaikan. Saya agak lega. Namun, ada seorang ahli yang saya belum kenal dan dia kelihatan agak tidak bersedia. Saya perlu buat sesuatu.

Saya jemput salah seorang ahli di Rumah Sarawak dan iringi dia ke tempat pendaftaran. Kami singgah di kedai runcit untuk beli bekalan sepanjang perjalanan. Saya beli air dan roti. Sekarang, lima orang ahli telah berjaya saya kesan. Ada lagi tiga yang belum saya ketemui.

Selesai solat Maghrib, keadaan agak berterabur. Saya ambil peluang untuk alas perut dengan dua bekas ruz bil laban (bubur susu). Tujuh ahli sudah ada, namun berterabur. Dua bersama saya, dua sedang di restoren dan tiga lagi entah ke mana. Seorang lagi ahli masih dalam perjalanan.

Taklimat bermula. Kami diberi kain yang akan mewakili warna masing-masing. Saya dapat warna biru. Saya tunggu kumpulan lain potong kain mereka kerana dalam kepala saya sudah ada idea tersendiri untuk potong dan tak ingin sama dengan kumpulan lain. Idea saya diterima. Kami berkenalan secara ringkas. Dalam bas, kain diagihkan kepada semua ahli. Kami bertolak agak lambat kerana masalah teknikal. Saya pilih untuk duduk sendirian kerana masih janggal dengan ahli yang lain.
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman